NADI X Tiny Techies - Inovasi Robotik
7 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Jun 2026, telah berlangsung program NADI X Tiny Techies bertajuk “Inovasi Robotik” di SK pada pukul 2.00 petang. Sesi ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas inovasi dalam bidang robotik serta aplikasinya dalam kehidupan seharian.
Peserta diperkenalkan kepada konsep asas reka bentuk robot, fungsi komponen utama, serta cara mengaplikasikan kreativiti dalam membangunkan projek robotik. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan teknologi sebagai alat pembelajaran yang menyeronokkan dan membina kemahiran abad ke-21.
Program ini diharap dapat mencetuskan minat pelajar terhadap dunia robotik serta melahirkan generasi muda yang lebih bersedia menghadapi cabaran teknologi masa depan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: